[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: BN menang 21 DUN, PH 5, PN 2

Ahmad Zahid bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka. -Foto Bernama
Ahmad Zahid bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka. -Foto Bernama
A
A
A

[LAPORAN LANGSUNG] MELAKA - Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Ikuti perkembangan langsung perjalanan PRN Melaka:



11.30pm - SPR mengumumkan secara rasmi keseluruhan keputusan PRN Melaka. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh umum keputusan rasmi BN - 21 kerusi, PN - 2 kerusi, PH - 5 kerusi, Putra - 0 kerusi, Iman - 0 kerusi dan Bebas - 0 kerusi.


11.05pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perikatan Nasional (PN) bakal menjadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang akan datang.

Muhyiddin berkata, ini kerana gabungan parti yang ditubuhkan itu menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan yang lebih baik.


10.20pm - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri Melaka yang memberi mandat kepada BN dalam PRN Melaka.

Ahmad Zahid mengumumkan, BN akan mengambil beberapa ketetapan antaranya enakmen anti lompat dan kerjasama wakil rakyat di Melaka.


9.57pm - SPR sebentar tadi mengesahkan BN memperoleh majoriti mudah dalam PRN Melaka. SPR mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.


9.40pm - Setakat ini, berdasarkan keputusan rasmi SPR, BN berjaya memenangi 12 DUN iaitu Taboh Naning, Ayer Limau, Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Rembia, Durian Tunggal, Kelebang, Duyong, Asahan, Merlimau, Sungai Rambai.

PH menang empat kerusi DUN iaitu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kota Laksamana, Bandar Hilir. Manakala PN mendapat dua kerusi DUN iaitu Sungai Udang dan Bemban.

Ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul dan menyaksikan paparan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di skrin sebuab trak bergerak di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Sabtu.
Ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul dan menyaksikan paparan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di skrin sebuab trak bergerak di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Sabtu.


9.30pm - Keputusan rasmi N09: DURIAN TUNGGAL

1. Mohd Erfan Mahrilar(Bebas/IND) - 58

2. Zahari Abd. Kalil (BN-UMNO) - 3,663 (majoriti 559)

3. Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab(PH-Amanah) - 3,104

4. Ja'afar Othman(PN-PAS) - 2,208

Keputusan rasmi N22: BANDAR HILIR

1. Mak Chee Kin(Bebas/IND) - 159

2. Leng Chau Yen(PH-DAP) - 9,091 (Majoriti 7,778)

3. Lee Kah Sean(BN-MCA) - 1,313

4. Clarice Chan Ming Wang(PN-Gerakan) - 634

Keputusan rasmi N24: BEMBAN

1. Dr Mohd Yadzil Yaakub(PN-Bersatu) - 4,211 (majoriti 328)

2. Azmi Kamis(Bebas/IND) - 130

3. Ng Choon Koon(Bebas/IND) - 850

4. Tey Kok Kiew(PH-DAP) - 3,095

5. Datuk Koh Chin Han(BN-MCA) - 3,883


9.25pm - Keputusan rasmi N11: SUNGAI UDANG

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad(BN-UMNO) - 6,259

2. Dr Mohd Aleef Yusof(PN-Bersatu) - 6,789 (majoriti 530)

3. Hasmorni Tamby(PH-PKR) - 2,035

4. Mohd Zahar Hashim(Bebas/IND) - 471

Keputusan rasmi N27: MERLIMAU

1. Azrin Ab Majid(PH-Amanah) - 2,385

2. Dr Muhamad Akmal Saleh(BN-UMNO) - 5,633 (Majoriti 3,248)

3. Abd Alim Shapie(PN-PAS) - 1,622

Keputusan rasmi N20: KOTA LAKSAMANA

1. Fong Khai Ling (PN-Gerakan) - 1,190

2. Low Chin Hong(BN-MCA) - 2,014

3. Low Chee Leong(PH-DAP) - 13,508 (majoriti 11,494)


9.20pm -Keputusan rasmi N02: TANJUNG BIDARA

1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin(PN-Bersatu) - 3,195

2. Zainal Hassan(PH-PKR) - 489

3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh(BN-UMNO) - 3,559 (majoriti 364)

Keputusan rasmi N16: AYER KEROH

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam(PN-Gerakan) - 2,479

2. Kerk Chee Yee(PH-DAP) - 9,459 (majoriti 5,624)

3. Yong Fun Juan(BN-MCA) - 3,835


9.15pm -Keputusan rasmi N03: AYER LIMAU

1.Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-UMNO) - 3,838

2. Mazenah Baharuddin(PH-Amanah) - 798

3. Dr. Nordina Abd Latif(PN-Bersatu) - 2,753


9.10pm - SPR mengumumkan keputusan rasmi di N05: TABOH NANING

1. Abu Hashim Abdul Samad(PN-PAS) - 1,375

2. Zulkiflee Mohd Zin(BN-UMNO) - 3,170

3. Zairi Suboh(PH-Amanah) - 1,024


9.05pm - Setakat ini, keputusan tidak rasmi, BN berjaya memenangi 15 DUN iaitu Taboh Naning, Serkam, Merlimau, Kelebang, Kuala Linggi, Durian Tunggal, Gadek, Paya Rumput, Machap Jaya, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Duyong, Sungai Rambai, Asahan, Rim.


8.30pm: Keputusan tidak rasmi, calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di DUN Lendu, dengan majoriti 3,139 undi.


8.25pm - Setakat ini, keputusan tidak rasmi, BN berjaya memenangi lapan DUN iaitu Taboh Naning, Serkam, Merlimau, Kelebang, Rim, Kuala Linggi, Durian Tunggal dan Gadek.


8.05pm - BN dan PH masing-masing telah memenangi tiga kerusi.

PH mengekalkan kerusi DAP dii Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Sementara itu, BN pula mengekalkan kubu kuat Umno di Taboh Naning, Serkam dan Merlimau.


7.50pm - Difahamkan, BN kini sedang mendahului di 21 kerusi DUN, manakala PH mendahului di 6 kerusi DUN. Proses kira peti undi masih berlangsung.


7.40pm - Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) mengumumkan parti itu sedang mendahului di 21 DUN di PRN Melaka ketika ini.


7.25pm - Saingan sengit antara BN dan PN di kerusi N24 Bemban dan N26 Serkam . BN mendahului dengan majoriti 60 di DUN Bemban. Manakala di DUN Serkam BN mendahului PN dengan majoriti 143.


7.10pm - Perikatan Nasional (PN) mendahului di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Antaranya DUN Tanjung Bidara melalui Datuk Mas Ermieyati Samsudin, DUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dan DUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Keputusan tidak rasmi tersebut adalah sehingga jam 7.20 petang.


6.57pm - Keputusan tidak rasmi DUN Ayer Molek:

1. Datuk Rahmad Mariman (BN) - 817

2. Ahmad Muaz Idris (Bebas) - 13

3. Mohd Fadly Samin (PN) - 410

4. Mohd Rafee Ibrahim (PH) - 431

Jumlah pengundi: 17,863


6.56pm - Keputusan tidak rasmi DUN Kelebang:

1. Bakri Jamaluddin (PN) - 464

2. Datuk Lim Ban Hong (BN) - 708

3. Datuk Gue Teck (PH) - 850

Jumlah pengundi: 19,976


6.55pm - Keputusan tidak rasmi Perikatan Nasional (PN) ketika ini mendahului di kerusi N11 Sungai Udang menyaksikan calonnya Mohd Aleef Yusof mendapat 4,129 undi dengan 22 saluran peti undi telah dikira.


6.50pm - Seorang pengundi keluar mengundi di Alor Gajah didapati positif wabak Covid-19. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Dr Rusdi bin Abd Rahman dalam kenyataan hari ini.


6.40pm - Keputusan tidak rasmi - N19: Kesidang

1. Seah Shoo Chin(PH-DAP) - 1414

2. Patrick Ng Chin Kae(PN-Gerakan) - 269

3. Leong Hui Ying(BN-MCA) - 388


6.30pm - Keputusan tidak rasmi Pakatan Harapan (PH) mendahului di DUN Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Kota Laksamana. Proses kira undi masih berlangsung.


6.10pm - Proses kira undi bagi Pusat Mengundi SMK Teknik Melaka, Bukit Piatu N15 Pengkalan Batu.


5.40pm - Kesemua peti undi daripada 1,109 saluran itu dibawa ke 28 pusat penjumlahan undi dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.


5.30pm - Tempoh pengundian PRN Melaka bagi kesemua 28 kerusi DUN telah tamat.

5.05pm - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat gesaan saat akhir agar pengundi di Melaka menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi.


4.55pm - Peratusan keluar mengundi sehingga 4 petang 61 peratus - SPR

Keadaan di dewan mengundi SK Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka pada hari pengundian PRN Melaka hari ini.
Keadaan di dewan mengundi SK Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka pada hari pengundian PRN Melaka hari ini.


3.59pm - 57 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 3 petang.


2.49pm - 50 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi PRN Melaka sehingga jam 2 petang.



2.45pm - Polis Melaka akan menjalankan siasatan berhubung tindakan memuat naik kertas undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang tular di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

Artikel Penuh :


1.41pm - Hampir separuh iaitu sebanyak 43 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi PRN Melaka sehingga jam 1 petang.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 1 petang adalah sebanyak 43 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Petugas KKM menunjukkan dakwat dan berus khas untuk pengundi bergejala pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini.- Foto Bernama
Petugas KKM menunjukkan dakwat dan berus khas untuk pengundi bergejala pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini.- Foto Bernama


12.59pm - Peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka adalah 36 peratus setakat jam 12 tengah hari - SPR


12.30pm - Sidang media tergempar berkaitan dakwaan tindakan Ketua Tempat Mengundi daerah mengundi Kandang menghalau agen calon keluar bertugas di Bilik Gerakan Ayer Molek, Melaka


11.40am - Peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka adalah 27 peratus setakat jam 11 pagi - SPR


11.15am - Warga emas terlantar diusung pergi mengundi

Pengundi Tawab Katab, 84 tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau, di sini, menaiki ambulans pada jam 11 pagi sambil ditemani anaknya Noor Herda Yanny Tawab, 40 tahun.

Tawab yang tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau menaiki ambulans diusung masuk bagi proses pembuangan undi
Tawab yang tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau menaiki ambulans diusung masuk bagi proses pembuangan undi


10.30am - Peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka adalah 17 peratus setakat jam 10 pagi - SPR


9.52am - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sejumlah tujuh peratus daripada 476,037 pengundi PRN Melaka sudah keluar mengundi setakat jam 9 pagi.

Petugas pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di bilik mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini.- Foto Bernama
Petugas pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di bilik mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) hari ini.- Foto Bernama


9.15am - Pesakit strok naik ambulan pergi mengundi

Masalah kesihatan yang dialami seorang pengundi di DUN Lendu tidak menjadi penghalang buatnya menunaikan tanggungjawab membuang undi meskipun terpaksa dibawa menaiki ambulan.

Bahkan, Abdul Rahim Yaacob, 57 sanggup mengeluarkan kos sendiri lebih kurang RM200 untuk menggunakan kemudahan ambulan swasta itu.

Abdul Rahim menunjukkan kesan dakwat menandakannya telah selesai mengundi bagi DUN Lendu pada Sabtu.
Abdul Rahim menunjukkan kesan dakwat menandakannya telah selesai mengundi bagi DUN Lendu pada Sabtu.